Friday, June 4, 2021

Asas Forex

 



Belajar Forex

Tidak perlu belajar forex sudah boleh menjana pendapatan dalam USD?

Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis seperti itu. Ianya pasti menjadi satu masalah dalam kehidupan. 

Begitu banyak medium penghantaraan untuk belajar asas forex ini iaitu melalui sumber online (webinar, sumber dari YouTube) mahupun offline (berguru) .

Persoalannya adakah anda sudah bersedia untuk belajar asas forex ini? Awas anda perlu ada beberapa kriteria sebelum memulakan pembelajaraan forex ini.

Berikut adalah REALITI yang anda perlu jawab secara jujur dengan diri sendiri.


JANGAN TRADE FOREX JIKA 5 PERKARA  INI ADA DALAM DIRI ANDA


1. Pemalas dan cepat putus asa

Forex ini bukanlah satu perniagaan yang boleh cepat kaya dan tiada masa untuk analisa pasaran. Hanya orang yang betul–betul tabah sahaja boleh bertahan.


2. Tak nak rugi dalam pasaran

Di dalam dunia ini mana ada perniagaan yang untung 100%,  kerana dalam trade 10 sehingga 100 kali mesti ada trade yang rugi.

Pasang surut dalam pasaran forex itu perkara yang biasa. Jika anda tak mampu terima kerugian, baik jangan mulakan.


3. Masalah kewangan yang teruk

Forex ini adalah perniagaan yang berisiko tinggi. Jadi sebaiknya trade bila modal sudah mencukupi dan bukan dengan membebankan kehidupan anda.


4. Forex sebagai program skim cepat kaya dan mudah

Anda silap jika anda fikir forex membuatkan anda menjadi jutawan dengan hanya sekelip mata – ini bukannya satu perjudian! 

Semuanya kena belajar dan praktis sehingga anda menjadi seorang trader yang berpengalaman serta profesional.


5. Plan untuk scam orang lain

Dah banyak terjadi kes penipuan di Malaysia. 

Jangan lupa jika dipenjarakan, akaun serta harta semua dibekukan dan akibatnya nama menjadi busuk.


Apa Itu Forex?

Sebelum menjadi seorang trader yang berpengalaman, pasti semua orang menempuh satu keadaan pahit dan manis. 

Setiap perjalanan bermula dengan langkah pertama. Kenali lebih lanjut apa itu forex.


1. Maksud Forex

Maksud Forex itu sendiri adalah Foreign Exchange = Tukaran mata wang asing.

Ianya melibatkan perniagaan dua hala sama ada beli atau jual, di mana kedua-duanya boleh memberi keuntungan. 


2. Platform

Dengan peredaran zaman serba canggih, kini semuanya ada hujung jari anda.

Tidak perlu lagi bersusah payah ke bank-bank atau syarikat bursa untuk mengendalikan perniagaan forex ini.

Transaksi atau perniagaan ini boleh dibuat melalui komputer mahupun telefon pintar. Anda cuma perlu ada sambungan Internet untuk memulakan perdagangan forex.


3. Matawang

Terdapat 8 mata wang utama yang didagangkan dalam forex:


US dollar

Euro

Great Britain pound

Swiss france

Japanese yen

Canadian Dollar

Australian Dollar

New Zealand Dollar. 


Pair pula terdiri daripada base currency dan quote currency, contohnya (GBP/USD. Base = GBP, Quote = USD)


4. Masa

Pasaran mata wang tidak akan pernah berhenti selagi duit masih diguna pakai.

Walaupun forex ini berjalan 24/7 setiap hari, urusan jual beli atas talian boleh dilakukan 24 jam 5 hari seminggu. 

Ini disebabkan oleh bank-bank, broker-broker pengurusan cuti pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Trader perlu mengetahui bahawa ada 4 sesi utama ekonomi dunia. 

Sesi London & New York adalah yang paling aktif. Dalam dua sesi tersebut ada pula jam paling aktif, iaitu waktu overlap (pertembungan), maksudnya kedua-dua sesi London & New York sedang aktif. 




Pasaran pertukaran asing FOREX



Pertukaran asing (foreign exchange atau forex) berlaku apabila suatu mata wang ditukar kepada mata wang lain. Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi aktiviti jual beli mata wang antara negara yang melibatkan pasar-pasar mata wang utama di dunia selama yang berlangsung secara 24 jam secara berterusan. Merupakan pasar terbesar dunia di mana ia melibatkan transaksi wang sebesar $2 trilion pada hari pasaran dibuka.

Mata wang terbahagi kepada 2 iaitu Utama dan Kecil (minor). Utama ialah mata wang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD dan CAD. Kecil adalah mata wang selain mata wang utama iaitu NZD dan SGD yang turut diniagakan tetapi tidak secara besar-besaran.

Di dalam pasaran pertukaran asing, mata wang diniagakan secara berpasangan. Ia diniagakan secara berpasangan kerana dalam perdagangan mestilah ada beli dan jual. Sebagai contoh pasangan matawang EUR/USD jika membeli pasangan ini bermakna kita membeli EUR (Euro) dan jual USD (dolar AS).

Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk rugi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.


Sejarah

Sejak zaman dahulu, manusia telah melakukan perdagangan dengan sekelilingnya untuk berbagai alasan dengan cara sistem barter. Seiring dengan perkembangnya zaman dan peradaban sistem barter ini gugur kerana mempunyai banyak kelemahan sehingga ditemukan sistem – sistem pembayaran yang baru yang sampai pada akhirnya dengan menggunakan wang sebagai alat pertukaran dan pembayaran. Sistem pembayaran dengan menggunakan wang juga mempunyai kelemahan untuk bertransaksi dengan suatu negara yang memiliki jenis mata wang yang berbeza.

Keperluan akan nilai tukar timbul kerana mata wang suatu negara biasanya tidak diterima sebagai media atau alat tukar di negara lain. Hubungan perdagangan antarabangsa menimbulkan adanya permintaan dan penawaran terhadap beberapa mata wang. Perkara ini kemudian menyebabkan perkembangan pada bursa pertukaran mata wang asing, sehingga diperlukan pengatur untuk berjuta-juta transaksi permintaan dan penawaran yang terjadi setiap hari, yang menuju pada penentu nilai tukar mata wang asing.

Sejarah pertukaran/perdagangan mata wang dapat dikatakan seusia wang itu sendiri dan baru mendapat perhatian yang serius oleh banyak negara pada dekad terakhir ini. Kalau ditinjau pada dekad standard emas (1880 – pecahnya PD I), pada masa tersebut wang dijamin oleh emas tulin (murni) yang merupakan standard negara tersebut. Defisit neraca pembayaran akan ditutup dengan transfer emas, hingga mengakibatkan money supply menurun dan harga di luar negeri seakan naik, sehingga hal ini akan meningkatkan eksport sampai defisit hilang, demikian sebaliknya. Dengan demikian, nilai mata wang relatif stabil.

Sehingga Perang Dunia I, piawaian emas memungkinkan tercapainya tingkat koreksi yang tinggi terhadap neraca pembayaran. Tetapi, tidak demikian pada saat peperangan, kemungkinan besar kerana tumbuhnya syarikat-syarikat perdagangan dan perusahaan-perusahaan besar, adanya jaminan upah dan harga sehingga tidak mudah menurunkan kecenderungan tersebut, yang berdampak berkurangnya lapangan pekerjaan. Karena membengkaknya pengangguran pada awal 1930-an, piawaian emas tidak dipakai lagi.

Setelah perang dunia selesai dan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930an, dunia menginginkan suatu kestabilan ekonomi yang lebih baik. Sehingga Pada tanggal 22 Juli 1944, atas prakarsa dari Amerika Serikat, diadakan suatu persidangan kewangan antarabangsa yang dikenali dengan : “The Bretton Woods Conference“, yang dihadiri 44 negara. Usul yang diajukan oleh delegasi Amerika Serikat (White Plan) menyusun rencana-rencana dasar yang disetujui.

Dalam persidangan tersebut, diciptakan suatu system pertukaran mata wang tetap yang disebut dengan “Fixed Exchange Rate System“, yang mempunyai beberapa persamaan dengan standard emas, di mana memuat ketentuan :

  1. Tiap negara menetapkan nilai tukarnya terhadap mata wang USD;
  2. Amerika menetapkan nilai USD terhadap emas (USD 35/ounce);
  3. Amerika akan menjual emas dengan harga tetap kepada pemegang resmi dari mata wang USD;
  4. Perubahan nilai tukar mata wang terhadap USD tidak boleh melebihi 1%, bila terpaksa boleh sampai max 10%.

Sejak itu negara – negara di dunia serta Amerika mulai tumbuh dengan pesat dan dua tahun setelah persidangan tersebut, didirikan lembaga kewangan antarabangsa & Bank Dunia yang kita kenal saat ini dengan IMF (International Monetary Fund) dan Word Bank, untuk mengawasi sistem tersebut.

Kemudian perubahan terjadi di Amerika, Pada periode tahun 1960-an, defisit neraca pembayaran Amerika memaksa negara tersebut melepaskan cadangan emasnya sebesar USD 18 billion kerana Perancis menukarkan USD-nya dengan emas dan dilanjutkan pada periode tahun 1970-an, Amerika kembali harus melepaskan cadangan emasnya sebesar USD 11 billion. Buruknya perekonomian Amerika pada waktu itu menyebabkan masyarakat dunia kurang percaya terhadap USD. Dan di negara yang memiliki mata uang yang kuat kerana memiliki cadangan emas yang cukup seperti Swiss dan Jerman, mereka menukarkan USD-nya dengan mata wang mereka iaitu CHF dan MDK. Hal ini menyebabkan hutang jangka pendek yang hampir jatuh tempo di Amerika mencapai hampir dua kali cadangan emasnya.

Sistem Bretton Wood hanya mampu bertahan hampir mencapai 30 tahun, pada tanggal 15 Ogos 1971, Presiden Nixon mengumumkan perubahan system nilai tukar untuk USD dengan membiarkan nilai tukarnya terapung (Floating Exchange Rate System), hal ini ditegaskan kembali dalam suatu persidangan di Washington pada tanggal 17-18 Desember 1971 (SMITHSONIAN CONFERENCE), dari sinilah lahirnya nilai tukaran terapung dan berlaku sampai dengan sekarang.

Setelah Presiden Nixon menetapkan nilai terapung untuk mata wang USD, banyak negara yang memutuskan untuk mengapungkan nilai tukarnya, seperti : Jerman, Inggris, Belanda, bahkan Jepun dan tahun – tahun berikutnya banyak negara di dunia yang membiarkan nilai wangnya terapung sesuai dengan mekanisme pasar, iaitu kekuatan permintaan dan penawaran.


Istilah istilah Penting

Quote Kadar matawang yang terdiri daripada 2 nilai iaitu Bid (harga jual pada dealer) dan Ask (harga beli dari dealer). Nilai Bid selalunya lebih kecil daripada Ask. Perbezaan / selisih harga antara Bid dan Ask ini dinamakan Spread. Biasanya kita pilih Spread yang lebih kecil kerana ini lebih menguntungkan kita (trader). Marketiva menggunakan Bid/Offer.

Pip (point) Setiap pergerakan naik atau turun dikira sebagai unit pip atau point (bagi Marketiva). Misalnya sekiranya kita menggunakan 50.00USD sebagai modal untuk membeli pair EUR/USD, maka setiap satu pip yang diperolehi membawa nilai 0.50USD. Sekiranya satu posisi trade yang kita lakukan memperolehi keuntungan 10 pips, maka nilai keuntungan dalam unit USD ialah 5.00USD.

Posisi Long (Buy) Ini adalah posisi trader membeli suatu matawang pada harga tertentu, bertujuan untuk menjualnya kembali pada harga yang lebih tinggi. Kerana itu, trader mandapat keuntungan dari nilai pasaran yang naik.

Posisi Short (Sell) Ini adalah posisi trader menjual suatu matawang pada harga tertentu dengan tujuan membelinya kembali pada harga yang lebih rendah bagi mengaut keuntungan. Kerana itu, trader mendapat keuntungan ketika nilai pasaran menurun.

High, Low, Open & Close High - rekod harga tertinggi pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa) Low - rekod harga terendah pada hari itu dari mula open hingga sekarang (semasa) Open - harga permulaan trade pada hari itu Close - harga penutup trade pada hari itu

Market Order Bermaksud, membeli pada harga (ask/offer) semasa pada saat itu juga (real time); atau menjual pada harga (bid) semasa pada saat itu juga. Misalnya, ketika itu EUR/USD menunjukkan 1.3554/1.3557 (ask/bid) dan anda meletakkan posisi BUY ketika itu, maka posisi anda akan tertera pada paparan trading anda pada harga 1.3555. Ketika ini anda boleh setkan Target Profit (TP) sebanyak 8 pips lebih tinggi (1.3563) dan anda mengaut 8 pips keuntungan. Begitulah sebaliknya.

Stop Order / Limit Order Buy limit kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda buy. Buy stop kalau anda hendak price itu naik dahulu beberapa pips baru anda buy Sell limit kalau anda hendak price itu naik dahulu baru anda sell. Sell stop kalau anda hendak price itu turun dahulu beberapa pips baru anda sell.

Available Margin Jumlah bersih baki yang masih ada dalam akaun anda yang boleh diniagakan setelah jumlah modal ditambah untung (-rugi). Available Margin = Equity (modal) - Used Margin + Profit(-loss)


Kekeliruan di antara pertukaran asing dan skim cepat kaya

Skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang lumayan, gemar menyatakan keuntungan urusniaga mereka dijana daripada aktiviti bermain pertukaran asing. Aktiviti skim cepat kaya sebenarnya cumalah permainan Sistem Ponzi. Disebabkan skim penipuan kerap menggunakan nama pertukaran asing dan juga ciri-ciri semulajadi pasaran pertukaran asing yang menang berisiko tinggi sehingga kerap merugikan individu terlibat dan juga negara, maka Bank Negara Malaysia tidak mengeluarkan sebarang lesen untuk bermain pertukaran asing. Bank Negara Malaysia menetapkan hanya bank-bank sahaja dibenarkan melakukan aktiviti pertukaran asing. Pelabur individu pula masih dibenarkan bermain pertukaran asing jika syarikat broker tersebut tidak bertapak di dalam negara. Bagaimanapun mereka tidak dilindungi oleh undang-undang Malaysia sekiranya ditipu kerana ia diluar bidang kuasa BNM. Oeh itu pelabur Malaysia kerap bermain pertukaran asing secara dalam talian yang disediakan oleh syarikat broker dari negara luar dengan risiko sendiri.


Rizab pertukaran wang asing

 


Rizab pertukaran asing (bahasa Inggeris: Foreign exchange reserves atau Forex reserves) ialah simpanan mata wang asing dan bon yang disimpan oleh bank pusat dan pihak berkuasa kewangan. Namun istilah ini selalu digunakan bagi pertukaran mata wang asing dan emas, hak pengeluaran istimewa (SDR) dan kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Maksud yang lebih tepat ialah rizab antarabangsa rasmi atau rizab antarabangsa. Aset-aset bank pusat ini dipegang dalam pelbagai mata wang kebanyakannya dalam dolar AS, Euro, Paun UK dan Yen Jepun, dan mata wang ini digunakan untuk menjamin liabiliti iaitu pengeluaran mata wang tempatan dan deposit rizab bank-bank lain dengan bank pusat, oleh kerajaan atau institusi kewangan.

Sejarah

Rizab antarabangsa rasmi, yang menjadi cara pembayaran antarabangsa rasmi, pada mulanya hanya terdiri daripada emas dan kadangkala perak. Namun di bawah sistem Bretton Woods, dolar AS menjadi mata wang rizab dan mata wang ini juga menjadi sebahagian daripada aset rizab antarabangsa rasmi sesebuah negara. Dari tahun 1944-1968, dolar AS boleh ditukarkan kepada emas melalui Sistem Rizab Persekutuan AS, tetapi selepas tahun 1968 hanya bank pusat boleh menukarkan dolar kepada emas daripada rizab emas rasmi. Selepas 1973, tiada lagi institusi atau individu boleh menukarkan dolar AS kepada emas daripada rizab emas rasmi. Sejak tahun itu, tiada mata wang utama telah ditukarkan kepada emas daripada rizab emas rasmi. Individu dan institusi sekarang perlu membeli emas di pasaran persendirian seperti komoditi lain. Walaupun dolar AS dan mata wang lain tidak lagi boleh ditukarkan kepada emas daripada rizab emas rasmi, mata-mata wang ini masih boleh berfungsi sebagai rizab rasmi antarabangsa.