Friday, June 4, 2021

Asas Forex

 



Belajar Forex

Tidak perlu belajar forex sudah boleh menjana pendapatan dalam USD?

Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis seperti itu. Ianya pasti menjadi satu masalah dalam kehidupan. 

Begitu banyak medium penghantaraan untuk belajar asas forex ini iaitu melalui sumber online (webinar, sumber dari YouTube) mahupun offline (berguru) .

Persoalannya adakah anda sudah bersedia untuk belajar asas forex ini? Awas anda perlu ada beberapa kriteria sebelum memulakan pembelajaraan forex ini.

Berikut adalah REALITI yang anda perlu jawab secara jujur dengan diri sendiri.


JANGAN TRADE FOREX JIKA 5 PERKARA  INI ADA DALAM DIRI ANDA


1. Pemalas dan cepat putus asa

Forex ini bukanlah satu perniagaan yang boleh cepat kaya dan tiada masa untuk analisa pasaran. Hanya orang yang betul–betul tabah sahaja boleh bertahan.


2. Tak nak rugi dalam pasaran

Di dalam dunia ini mana ada perniagaan yang untung 100%,  kerana dalam trade 10 sehingga 100 kali mesti ada trade yang rugi.

Pasang surut dalam pasaran forex itu perkara yang biasa. Jika anda tak mampu terima kerugian, baik jangan mulakan.


3. Masalah kewangan yang teruk

Forex ini adalah perniagaan yang berisiko tinggi. Jadi sebaiknya trade bila modal sudah mencukupi dan bukan dengan membebankan kehidupan anda.


4. Forex sebagai program skim cepat kaya dan mudah

Anda silap jika anda fikir forex membuatkan anda menjadi jutawan dengan hanya sekelip mata – ini bukannya satu perjudian! 

Semuanya kena belajar dan praktis sehingga anda menjadi seorang trader yang berpengalaman serta profesional.


5. Plan untuk scam orang lain

Dah banyak terjadi kes penipuan di Malaysia. 

Jangan lupa jika dipenjarakan, akaun serta harta semua dibekukan dan akibatnya nama menjadi busuk.


Apa Itu Forex?

Sebelum menjadi seorang trader yang berpengalaman, pasti semua orang menempuh satu keadaan pahit dan manis. 

Setiap perjalanan bermula dengan langkah pertama. Kenali lebih lanjut apa itu forex.


1. Maksud Forex

Maksud Forex itu sendiri adalah Foreign Exchange = Tukaran mata wang asing.

Ianya melibatkan perniagaan dua hala sama ada beli atau jual, di mana kedua-duanya boleh memberi keuntungan. 


2. Platform

Dengan peredaran zaman serba canggih, kini semuanya ada hujung jari anda.

Tidak perlu lagi bersusah payah ke bank-bank atau syarikat bursa untuk mengendalikan perniagaan forex ini.

Transaksi atau perniagaan ini boleh dibuat melalui komputer mahupun telefon pintar. Anda cuma perlu ada sambungan Internet untuk memulakan perdagangan forex.


3. Matawang

Terdapat 8 mata wang utama yang didagangkan dalam forex:


US dollar

Euro

Great Britain pound

Swiss france

Japanese yen

Canadian Dollar

Australian Dollar

New Zealand Dollar. 


Pair pula terdiri daripada base currency dan quote currency, contohnya (GBP/USD. Base = GBP, Quote = USD)


4. Masa

Pasaran mata wang tidak akan pernah berhenti selagi duit masih diguna pakai.

Walaupun forex ini berjalan 24/7 setiap hari, urusan jual beli atas talian boleh dilakukan 24 jam 5 hari seminggu. 

Ini disebabkan oleh bank-bank, broker-broker pengurusan cuti pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Trader perlu mengetahui bahawa ada 4 sesi utama ekonomi dunia. 

Sesi London & New York adalah yang paling aktif. Dalam dua sesi tersebut ada pula jam paling aktif, iaitu waktu overlap (pertembungan), maksudnya kedua-dua sesi London & New York sedang aktif.