Saturday, October 2, 2021

 


Kenali Apa Itu Leverage Dalam Forex

Salah satu perkara asas forex yang wajib anda ketahui adalah laverage. Ketahui lebih lanjut dengan mendalam:

1. Maksud Leverage

Leverage ialah pinjaman daripada pihak broker kepada trader untuk memulakan perniagaan dalam forex. 

Dengan adanya leverage, trader mampu trade dengan bermodalkan serendah 10 USD sahaja!  

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bagaimana leverage ini berfungsi dan akaun yang mana sesuai untuk modal anda.

Sebagai contoh, leverage 1:100 (1% dari modal). Nisbah itu menunjukkan margin atau downpayment deposit yang broker kenakan manakala selebihnya broker dahulukan (pinjam). 

Maksudnya, sekiranya anda ingin trade dalam akaun anda dengan bermodalkan 100,000 USD, broker memerlukan deposit 1000 USD daripada anda untuk membuka akaun itu.

Ini bermakna anda mampu membuat pinjaman dagangan 100 kali ganda daripada modal anda (1000 x100=100,000).

Namun bergitu, sekiranya silap menggunakan leverage boleh membawa padah pada akaun trading anda.