Saturday, October 2, 2021

Apa itu Pip dan Piptette Dalam Forex

 Anda pernah dengar trader sebut “pips”. Kalau pernah mesti anda terfikir apa maksudnya atau dalam minda anda munkin terfikir “bahasa apa diorang cakap ni”.

Jangan risau di bahagian ini saya akan terang apa maksud pips dan pipette.

Pastikan anda paham tentang pips, penggetahuan ini wajib diketahui sebagai trader.


Apa Sebenarnya Pip?

Pip adalah unit kiraan untuk menyatakan perubahan nilai dalam sebuah pair matawang.

Contoh sekiranya pair EUR/USD bergerak dari 1.2400 ke 1.2401, itu bermaksud nilai kenaikkan adalah 0.0001 SATU PIP.

Kebanyakkan currency pair biasanya menggunakan 4 perpuluhan, satu pip = 0.0001. Tapi untuk pair Japanese Yen ia menggunakan dua perpuluhan (0.01).


 PIPETTE

Ada sesetenggah broker yang menggunakan 5 perpuluhan ia dikenali sebagai pipette atau point.

Contoh pair USD/CAD berubah dari 1.30016 kepada 1.30017, itu bermaksud nilai kenaikkan sebanyak 0.00001 atau 1 pipettes atau 1 point dan setiap 10 pipettes atau 10 point adalah persamaan dengan 1 pip.

MAJOR, MINOR, EXOTIC CURRENCY PAIR

 



Major Currency Pair

Major pair adalah pasangan mata wang yang paling banyak didagangkan dan digemari banyak trader.

Symbol currency akan sentiasa ada tiga huruf. Dua huruf pertama menunjukkan nama negara dan huruf ketiga menunjukkan nama mata wang negara tersebut.

Kita guna JPY sebagai contoh. JP bermaksud Jepan, huruf Y pulak bermaksud yen. Jadilah Japanese Yen mudah saja kan.

~Tahukah anda matawang US dollor mempunyai banyak nama panggilan~

US dollor mempunyai banyak nama panggilan seperti

Ace, buck, greenbacks, bones, benjis, benjamins, Lincolns, Washingtons, Jeffersons,  scrilla, grand, frog, clams, dead presidents, dan cash.




Minor Currencies Pair

Minor currency pair adalah currency ekonomi kuat dunia seperti Euro, Great Britain, Canada, Japan, Australia, New Zealand & Switzerland dan ia berpasangan selain dari matawang US dollor, contoh gambar di bawah menunjukkan minor pair.

Minor currency pair juga dikenali sebagai cross pair




Exotic Currencies Pair

Exotic pair adalah pair antara major currency dengan currency negara yang mempunyai ekonomi lebih kecil dari prespektif global seperti negara Brazil, Mexico, Hungary, Hong Kong, Singapore, etc.

Tidak ramai orang trade Exotic pair kerana spread currency pair exotic biasanya besar dan pergerakkan chart untuk exotic pair biasanya agak perlahan berbanding major pair dan minor pair.

FOREX CURRENCY PAIR QUOTE

 Sebagai trader kita perlu tahu perkara basic tentang currency pair atau pair mata wang.

Kadar pertukaran antara dua mata wang berbeza dikenali sebagai pair, macam EUR/USD atau GBP/JPY etc.

Dalam transaksi forex exchange ia bermaksud sama ada kita membeli atau menjual mata wang. Contoh jika kita bukak buy di GBP/USD, itu bermakna kita membeli Pound dan sekiranya British Pound kukuh berbanding US Dollor, kita akan berada dalam profit.

Mata wang yang pertama di dalam gambar diatas yang terletak di sebelah kiri dipanggil sebagai “Base Currency” atau mata wang asas dalam bahasa dan mata wang kedua di sebelah kanan pulak dipanggil “Quote Currency” atau petikan mata wang.

Quote currency juga dikenali sebagai “Counter Currency”.

Di sebelah kanan sekali selepas quote currency adalah kadar pertukaran semasa antara dua pair tersebut. Ia memberitahu berapa jumlah quote currency yang diperlukan untuk membeli base currency.

Jika kita membeli EUR/USD pada kadar pertukaran 1.24013 itu bermaksud kita perlu membayar 1.24013 U.S Dollor untuk membeli 1 Euro.

Jika kita menjual EUR/USD pada kadar pertukaran 1.24013 itu bermaksud kita akan dapat 1.24013 U.S Dollor untuk setiap 1 Euro

Senang cerita Base Currency adalah dasar untuk trading. Kalau kita beli EUR/USD, itu bermaksud kita membeli mata wang euro (base currency), kalau kita jual EUR/USD itu bermaksud kita membeli U.S Dollor (quote currency).

KEPERLUAN ASAS & MODAL PERMULAAN TRADE FOREX


[ KEPERLUAN ASAS ]

Keperluan untuk bermula trading forex tidak banyak pon hanya perlukan PC atau laptop dan internet yang stabil.

PC atau laptop tak perlu spesifikasi yang tinggi sampai perlukan 3 atau 4 monitor, guna spec biasa pon dah ok untuk pemulaan.

Saya pon kadang-kadang trade pakai handphone je kalau saya tenggah lepak jalan-jalan masa tu boleh juga trade dari handphone.

Internet pulak hanya perlukan pastikan ianya stabil saja jangan sekejap ada sekejap tak ada, internet begitu agak bahaya kalau tengah ada open trade dan kita nak close posisi trade tu nanti tiba-tiba line internet hilang nanti menggamuk pulak.


[ MODAL PEMULAAN TRADING ]

Modal untuk mula trading tak perlu besar sanggat. Mula dengan modal $100-$200 USD sudah ok untuk pemulaan.

Kalau anda nak mula trading lebih dari $200 itu terpulang kepada anda tapi nasihat saya mula dengan jumlah yang anda selesa dan tak kesah sekiranya rugi.

Jangan pulak sampai pergi pacak gadai rumah atau jual kereta untuk mula trade. Jangan Buat Begitu!!!

KELEBIHAN TRADING FOREX MARKET


 Apa kelebihan trade forex market berbanding market lain seperti saham, commodities dan bond?

 Forex mempunyai market yang terbesar dengan jumlah daganggan mencecah $6.6 trillion dollar sehari.

Boleh trade pada bila masa yang kita mahu. Forex market dibuka 24 jam 5 hari seminggu (Isnin hingga Jumaat). Sabtu ahad market tutup semua orang nak cuti juga.

Boleh bermula dengan modal yang kecil. Kita tak perlu bermula dengan modal besar untuk mula trade dalam forex market.

Kebebasan untuk trading dimana jua anda berada hanya perlukan internet dan laptop, kalau nak guna handphone pon boleh.

Kos transaksi yang lebih rendah berbanding stock dan commodities.

Kita boleh membuat keuntunggan walaupun market menurun. Forex market tiada kecenderungan pasaran struktur seperti market saham, jadi kita mempunyai peluang untuk membuat keuntungan apabila market sedang menaik atau menurun.

Walaupun forex market kedenggaran agak hebat tapi kita perlu ingat dalam setiap pelaburan kita masih boleh untung dan rugi. Ramai trader yang baru mula hanya memikirkan tentang keuntunggan dan lupa tentang risiko trading, inilah salah satu punca kenapa ramai trader gagal.

Sekiranya anda ingin memulakan trading forex anda perlu bermula di landasan yang betul, ianya sangat penting untuk anda sedar dan menerima risiko yang ada apabila anda trade forex anda boleh kehilangan modal anda.

Siapa yang trade Forex

 


Jadi siapa yang trade dan melabur di dalam forex market ini?


Kerajaan

Bank pusat negara memainkan peranan besar di dalam forex market. Mereka boleh mengubah nilai mata wang negara dengan menggawal bekalan mata wang, inflation dan interest rate.


Bank 

Sesetenggah bank melabur berbillion dollor sehari ke dalam forex market. Kebanyakkan bank melabur untuk pelanggan mereka dan mereka akan memberikan sesuatu yang dipanggil “dividend” setiap tahun kepada pelanggan mereka.


Syarikat

Pihak syarikat perlu menukarkan mata wang untuk membayar baranggan ataupun service dari negara luar, contoh syarikat di Amarica perlu menukarkan mata wang U.S Dollor ke Japanese YEN untuk menjalankan transaksi perniagaan mereka dengan syarikat di Jepun.

Pertukaran mata wang yang dilakukan oleh pihak syarikat memainkan peranan juga di dalam forex market.


Hedge Funds

Hedge Funds adalah dana yang dikumpulkan dari individu atau pelabur institusi dan modal yang terkumpul tersebut di laburkan ke dalam pelbagai aset lain seperti forex, saham, futures, bond, dan macam-macam lagi.

Hedge Funds menggawal dana dari jutaan hinggalah billion U.S dollor.


Persendirian

Pernah tak anda tukar mata wang ke mata wang negara lain sama ada di bank, money exchange atau di lapanggan terbang?

Jika pernah itu bermakna anda sudah terlibat dalam foreign exchange tanpa anda sedari.


Syarikat Pelaburan

Syarikat pelaburan adalah sebuah syarikat yang perniagaan utamanya memegang dan menguruskan sekuriti untuk tujuan pelaburan.

Syarikat pelaburan melabur wang bagi pihak klien mereka yang, sebagai balasan, berkongsi keuntungan dan kerugian.


Retail Forex Trader

Retail trader adalah seperti saya dan anda. Sebelum ini orang ramai tidak dapat trade forex market hanya pihak bank, kerajaan dan syarikat saja.

Tetapi selepas munculnya internet, ianya memudahkan untuk retail trader mula trading ke dalam market forex.



Sejarah Forex

 Pada tahun 1876, sesuatu benda yang dipanggil standard pertukaran emas telah dilaksanakan.

Pada dasarnya ia mengatakan bahawa semua mata wang kertas harus disokong oleh emas, ideanya di sini adalah untuk menstabilkan mata wang dunia dengan menumpukan mereka kepada harga emas.

Ini adalah idea yang baik di dalam teori, tetapi dalam realiti ia mencipta corak boom-bust yang akhirnya membawa kepada kematian standard emas.

Standard emas jatuh sekitar permulaan Perang Dunia ke 2 kerana negara-negara Eropah utama tidak mempunyai cukup emas untuk menyokong semua mata wang yang mereka cetak untuk membayar untuk projek ketenteraan yang besar.

Walaupun standard emas akhirnya jatuh, logam berharga seperti emas dan silver tidak pernah hilang sebagai bentuk nilai wang utama.

Dunia kemudian memutuskan untuk menetapkan kadar tukaran tetap yang mengakibatkan U.S dolar menjadi mata wang rizab utama dan bahawa ia adalah satu-satunya mata wang yang disokong oleh emas, ini dikenali sebagai ‘Sistem Bretton Woods’ dan ia berlaku pada tahun 1944.

Pada tahun 1971, U.S mengisytiharkan bahawa ia tidak lagi menukar emas untuk U.S dolar yang dipegang dalam rizab asing, berakhirnya Sistem Bretton Woods.

Pengakhiran penggunaan sistem Bretton Woods telah membawa kepada penerimaan global yang paling mendadak bagi kadar tukaran asing pada tahun 1976.

Ini telah membawa kepada kelahiran pasaran pertukaran mata wang asing atau forex market, walaupun pada awalnya ia tidak didagang secara meluas kerana kos transaksi yang tinggi sehingga kira-kira pertengahan tahun 1990-an apabila terciptanya sesuatu yang dikenali sebagai internet dan kemudian lahirnya broker yang membenarkan orang biasa yang tidak mempunyai modal yang besar untuk trade forex.

Apa itu Swap dalam Forex

 



Apa Itu Swap

Jangan terkejut jika dapati swap dalam setiap transaksi perdagangan.

Jika anda memilih akaun convetional akan dikenakan swap, namun jika anda memilih akaun Islamik dari broker ianya tanpa swap.


1. Maksud Swap

Swap adalah kadar bunga (interest) yang berlaku apabila trader membuat 1 transaksi.

Sebagai contoh membeli pair GBP/USD pada hari ini dan swap akan dikenakan sebanyak 0.20 USD.

Harus ingat bahawa kadar swap ini tidak tetap pada setiap pasangan matawang dan kadar akan berubah pada setiap hari.

Asas forex ini perlu difahamkan secara teliti dan tepat agar anda tidak akan rasa tertipu pada mana-mana broker forex.

Banyak trader yang gagal kerana mereka rakus akan teknik berbanding asas forex yang mudah dan ringkas ini.

 


Kenali Apa Itu Leverage Dalam Forex

Salah satu perkara asas forex yang wajib anda ketahui adalah laverage. Ketahui lebih lanjut dengan mendalam:

1. Maksud Leverage

Leverage ialah pinjaman daripada pihak broker kepada trader untuk memulakan perniagaan dalam forex. 

Dengan adanya leverage, trader mampu trade dengan bermodalkan serendah 10 USD sahaja!  

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bagaimana leverage ini berfungsi dan akaun yang mana sesuai untuk modal anda.

Sebagai contoh, leverage 1:100 (1% dari modal). Nisbah itu menunjukkan margin atau downpayment deposit yang broker kenakan manakala selebihnya broker dahulukan (pinjam). 

Maksudnya, sekiranya anda ingin trade dalam akaun anda dengan bermodalkan 100,000 USD, broker memerlukan deposit 1000 USD daripada anda untuk membuka akaun itu.

Ini bermakna anda mampu membuat pinjaman dagangan 100 kali ganda daripada modal anda (1000 x100=100,000).

Namun bergitu, sekiranya silap menggunakan leverage boleh membawa padah pada akaun trading anda.