Saturday, October 2, 2021

FOREX CURRENCY PAIR QUOTE

 Sebagai trader kita perlu tahu perkara basic tentang currency pair atau pair mata wang.

Kadar pertukaran antara dua mata wang berbeza dikenali sebagai pair, macam EUR/USD atau GBP/JPY etc.

Dalam transaksi forex exchange ia bermaksud sama ada kita membeli atau menjual mata wang. Contoh jika kita bukak buy di GBP/USD, itu bermakna kita membeli Pound dan sekiranya British Pound kukuh berbanding US Dollor, kita akan berada dalam profit.

Mata wang yang pertama di dalam gambar diatas yang terletak di sebelah kiri dipanggil sebagai “Base Currency” atau mata wang asas dalam bahasa dan mata wang kedua di sebelah kanan pulak dipanggil “Quote Currency” atau petikan mata wang.

Quote currency juga dikenali sebagai “Counter Currency”.

Di sebelah kanan sekali selepas quote currency adalah kadar pertukaran semasa antara dua pair tersebut. Ia memberitahu berapa jumlah quote currency yang diperlukan untuk membeli base currency.

Jika kita membeli EUR/USD pada kadar pertukaran 1.24013 itu bermaksud kita perlu membayar 1.24013 U.S Dollor untuk membeli 1 Euro.

Jika kita menjual EUR/USD pada kadar pertukaran 1.24013 itu bermaksud kita akan dapat 1.24013 U.S Dollor untuk setiap 1 Euro

Senang cerita Base Currency adalah dasar untuk trading. Kalau kita beli EUR/USD, itu bermaksud kita membeli mata wang euro (base currency), kalau kita jual EUR/USD itu bermaksud kita membeli U.S Dollor (quote currency).