Saturday, October 2, 2021

KEPERLUAN ASAS & MODAL PERMULAAN TRADE FOREX


[ KEPERLUAN ASAS ]

Keperluan untuk bermula trading forex tidak banyak pon hanya perlukan PC atau laptop dan internet yang stabil.

PC atau laptop tak perlu spesifikasi yang tinggi sampai perlukan 3 atau 4 monitor, guna spec biasa pon dah ok untuk pemulaan.

Saya pon kadang-kadang trade pakai handphone je kalau saya tenggah lepak jalan-jalan masa tu boleh juga trade dari handphone.

Internet pulak hanya perlukan pastikan ianya stabil saja jangan sekejap ada sekejap tak ada, internet begitu agak bahaya kalau tengah ada open trade dan kita nak close posisi trade tu nanti tiba-tiba line internet hilang nanti menggamuk pulak.


[ MODAL PEMULAAN TRADING ]

Modal untuk mula trading tak perlu besar sanggat. Mula dengan modal $100-$200 USD sudah ok untuk pemulaan.

Kalau anda nak mula trading lebih dari $200 itu terpulang kepada anda tapi nasihat saya mula dengan jumlah yang anda selesa dan tak kesah sekiranya rugi.

Jangan pulak sampai pergi pacak gadai rumah atau jual kereta untuk mula trade. Jangan Buat Begitu!!!