Saturday, October 2, 2021

Apa itu Swap dalam Forex

 



Apa Itu Swap

Jangan terkejut jika dapati swap dalam setiap transaksi perdagangan.

Jika anda memilih akaun convetional akan dikenakan swap, namun jika anda memilih akaun Islamik dari broker ianya tanpa swap.


1. Maksud Swap

Swap adalah kadar bunga (interest) yang berlaku apabila trader membuat 1 transaksi.

Sebagai contoh membeli pair GBP/USD pada hari ini dan swap akan dikenakan sebanyak 0.20 USD.

Harus ingat bahawa kadar swap ini tidak tetap pada setiap pasangan matawang dan kadar akan berubah pada setiap hari.

Asas forex ini perlu difahamkan secara teliti dan tepat agar anda tidak akan rasa tertipu pada mana-mana broker forex.

Banyak trader yang gagal kerana mereka rakus akan teknik berbanding asas forex yang mudah dan ringkas ini.