Saturday, October 2, 2021

KELEBIHAN TRADING FOREX MARKET


 Apa kelebihan trade forex market berbanding market lain seperti saham, commodities dan bond?

 Forex mempunyai market yang terbesar dengan jumlah daganggan mencecah $6.6 trillion dollar sehari.

Boleh trade pada bila masa yang kita mahu. Forex market dibuka 24 jam 5 hari seminggu (Isnin hingga Jumaat). Sabtu ahad market tutup semua orang nak cuti juga.

Boleh bermula dengan modal yang kecil. Kita tak perlu bermula dengan modal besar untuk mula trade dalam forex market.

Kebebasan untuk trading dimana jua anda berada hanya perlukan internet dan laptop, kalau nak guna handphone pon boleh.

Kos transaksi yang lebih rendah berbanding stock dan commodities.

Kita boleh membuat keuntunggan walaupun market menurun. Forex market tiada kecenderungan pasaran struktur seperti market saham, jadi kita mempunyai peluang untuk membuat keuntungan apabila market sedang menaik atau menurun.

Walaupun forex market kedenggaran agak hebat tapi kita perlu ingat dalam setiap pelaburan kita masih boleh untung dan rugi. Ramai trader yang baru mula hanya memikirkan tentang keuntunggan dan lupa tentang risiko trading, inilah salah satu punca kenapa ramai trader gagal.

Sekiranya anda ingin memulakan trading forex anda perlu bermula di landasan yang betul, ianya sangat penting untuk anda sedar dan menerima risiko yang ada apabila anda trade forex anda boleh kehilangan modal anda.