Saturday, October 2, 2021

Sejarah Forex

 Pada tahun 1876, sesuatu benda yang dipanggil standard pertukaran emas telah dilaksanakan.

Pada dasarnya ia mengatakan bahawa semua mata wang kertas harus disokong oleh emas, ideanya di sini adalah untuk menstabilkan mata wang dunia dengan menumpukan mereka kepada harga emas.

Ini adalah idea yang baik di dalam teori, tetapi dalam realiti ia mencipta corak boom-bust yang akhirnya membawa kepada kematian standard emas.

Standard emas jatuh sekitar permulaan Perang Dunia ke 2 kerana negara-negara Eropah utama tidak mempunyai cukup emas untuk menyokong semua mata wang yang mereka cetak untuk membayar untuk projek ketenteraan yang besar.

Walaupun standard emas akhirnya jatuh, logam berharga seperti emas dan silver tidak pernah hilang sebagai bentuk nilai wang utama.

Dunia kemudian memutuskan untuk menetapkan kadar tukaran tetap yang mengakibatkan U.S dolar menjadi mata wang rizab utama dan bahawa ia adalah satu-satunya mata wang yang disokong oleh emas, ini dikenali sebagai ‘Sistem Bretton Woods’ dan ia berlaku pada tahun 1944.

Pada tahun 1971, U.S mengisytiharkan bahawa ia tidak lagi menukar emas untuk U.S dolar yang dipegang dalam rizab asing, berakhirnya Sistem Bretton Woods.

Pengakhiran penggunaan sistem Bretton Woods telah membawa kepada penerimaan global yang paling mendadak bagi kadar tukaran asing pada tahun 1976.

Ini telah membawa kepada kelahiran pasaran pertukaran mata wang asing atau forex market, walaupun pada awalnya ia tidak didagang secara meluas kerana kos transaksi yang tinggi sehingga kira-kira pertengahan tahun 1990-an apabila terciptanya sesuatu yang dikenali sebagai internet dan kemudian lahirnya broker yang membenarkan orang biasa yang tidak mempunyai modal yang besar untuk trade forex.